Posts

Showing posts with the label Cinta Allah

Program Ibadah Qurban YaPEIM Bagi Tahun 2018m/1438h

Image
Masih berkira-kira untuk melaksanakan Ibadah Qurban? Lagi 5 minggu kita menanti Aildil Adha. Jadi, kami bantu anda membuat perancangan Qurban. Dengan hanya RM70 sahaja tabungan anda setiap minggu, anda mampu melaksanakan Ibadah Qurban di Kemboja tahun ini. (RM70 x 5 minggu = RM 350 untuk 1 bahagian) Hubungi kami di :- http://www.wasap.my/+60193322627/DaftarQurban Atau Terus ke cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang berhampiran

Bacaan Surah Sewaktu Mengandung (Ikut Bulan)

Assalamu'alaikum. Maaf lama tak bersiaran. Semangat nak berbloging lambat nak sampai. Lagi-lagi lepas Baby Adam meninggal hari tu. Biasalah, perasaan seorang ibu yang kehilangan anak. Kalau tak kuat iman, memang boleh meroyan. Alhamdulillah, moral support dari family and my beloved husband memang sangat membantu. Ok, berbalik pada topik yang Saba nak share hari ni. Bacaan Surah untuk diamalkan sewaktu mengandung. Semua sedia maklum, terdapat beberapa Surah yang elok diamalkan sewaktu mengandung, tapi kadang kita kelirukan nak baca surah yang mana sebab banyak and panjang-panjang..hihi. Tapi, bacaan Al-Quran ni buatlah setiap hari.. Macam Saba, Saba baca surah amalan mengandung ni sebelum tidur. Waktu lain diteruskan dengan bacaan Al-Quran yang biasa. Info ni Saba dapat dari blog  Kakiku suka berjalan  .. Tuan punya blog ni dapat info dari kakak sepupunya which is bagi Saba info ni berguna untuk pengetahuan semua mommies.. *Kandungan 1-3 Bulan : Surah Yasin, Surah An-N...

Pesan Wali Sufi ~ Laksamana Sunan

Sebagai hamba yang islam... Mengingati Allah tidak semestinya dalalm masa kesukaran atau ketika ditimpa bencana sahaja.. Tapi Allah perlu diingati sepanjang masa selagi nadi berdenyut kerana sebagai hamba, kita tidak boleh melupakan Pencipta. Maka hendaklah kita mengingati Allah yang sentiasa bersama dan melihat apa yang kita lakukan sepanjang masa... Salam Ramadhan dari Saba

9 golongan orang yang solat

Image
sumber 1) Golongan yang tidak bersembahyang. Golongan ini menurut hadith tergolong di dalam Golongan yang Kafir (ingkar). 2) Golongan yang mengerjakan sembahyang tanpa ilmu. Tidak kenal syarat sah dan rukun solat. Mereka ini adalah Golongan yang Jahil. 3) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, faham tentang ilmu sembahyang tetapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu dan godaan dunia, mereka mengerjakan sembahyang secara tidak istiqomah. Inilah Golongan Fasik. 4) Ada golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang walaupun ilmunya tepat, tapi waktu mengerjakan sembahyang tidak khusyuk dan cuai. Ini adalah Golongan yang Lalai. 5) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang bertepatan dengan ilmunya, kemudian dapat menumpukan bacaannya di setiap perkataan dan lafaz yang diucapkan, tapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Ini adalah Golongan Awamul Muslimin (orang awam). 6) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang sentiasa tarik ...

Mengenali Musuh Teragung Manusia

Image
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita 1- Seorang yg pemarah 2- Cintakan dunia 3- Kebodohan / enggan menghadiri majlis ilmu 4- Suka berangan angan kosong 5- Tamak 6- Bakhil 7- Suka pada pujian 8- Riak atau sombong 9- Ujub (merasa kagum)/takbur 10- Jiwa yg penakut dan selalu gelisah 11- Selalu buruk sangka 12- Memandang rendah pada orang lain 13- Suka berbuat dosa 14- Tidak takut akan pembalasan "ALLAH" 15- Putus asa / lalai daripada rahmat "ALLAH" 15 Senjata Menghalang Syaitan sumber 1- Mengamalkan ungkapan Bismillah pada perbuatan 2- Banyakkan berzikir 3- Banyakkan Beristigfar 4- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin" 5- Jangan tidur berseorangan 6- Baca doa pagi dan petang ( selepas solat dsbnya ) 7- Selalu Bersugi 8- Melaksanakan solat jemaah 9- Berwudhuk sebelum tidur 10- Menutup aurat 11- Membaca doa masuk tandas. 12- Banyak berselawat pada hati 13- Selau bertaubat & beristighf...

Jangan Mengeluh.. Jawapannya ada

Image
Entry ni Saba ambil dari blog Saba yang lagi satu yang sampai sekarang masih tak dapat tembus. Entry yang dari zaman belajar lagi. Saba sebenarnya sayang sangat dengan blog tu tapi Saba betul-betul tak ingat passwordnya..huhu. Tak pelah. Ilmu ni kita kembangkan ye. FYI, ilmu ni Saba dapat dari kawan lama Saba zaman keagungan email..FB tak wujud lagi masa tu. Baca, Hadam dan Bersabarlah, setiap perkara ada jawapannya... sumber Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya..... KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-ID...

Petua Murah Rezeki _ by Inchek Zarep

Image
Assalamu'alaikum.. Salam Jumaat.. Saba mendoakan semua pembaca berada dalam limpahan rahmat Allah sentiasa sepanjang masa. Kita sama-sama berdoa pada hari yang mulia ini, agar kita dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera di bumi Malaysia, serta tidak lupa mendoakan sahabat serta saudara kita yang mungkin sedang berjuang untuk meneruskan hidup di Palestin dan juga Syria supaya mereka terus tabah dan kuat demi mengejar sebuah syahid.  Hari ini, macam tajuk yang dekat atas tu, Saba nak kongsikan tips, petua murah rezeki. Dalam dunia zaman sekarang ini, duit menjadi perkara terpenting dalam kehidupan manusia demi meneruskan kelangsungan hidup. Ada manusia yang zuhud, menganggap harta tidak penting. Tetapi, jika hidup terus dibelenggu kemiskinan, maka yang kaya akan menindas si miskin. Ok, Saba nak bincangkan dahulu mengenai rezeki. Rezeki ni bukan bermakna duit semata-mata. Bagi sesetengah orang, rezeki itu anak. Ada orang, rezeki itu dia dapat bahagia. Yang paling famous...

TABUNG IBADAH QURBAN YaPEIM (TaQY) Harga Qurban dan Aqiqah Bagi Tahun 2015M/1436H

Image
BANGI, 17 Jun (Bernama) — Umat Islam boleh menunaikan ibadah korban dengan menyertai skim Tabung Korban Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan menyumbang serendah RM10 sebulan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata skim simpanan yang diperkenalkan YaPEIM itu bukan sahaja menawarkan simpanan yang rendah, tetapi juga diuruskan secara sistematik dan terancang berbanding cara konvensional ibadah korban yang diamalkan sekarang di kawasan perumahan. “Skim tabungan YaPEIM ini dipantau oleh panel khas yang berautoriti iaitu Jawatankuasa Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Korban YaPEIM yang dianggotai mufti dari seluruh negara. “Ia juga dipantau Jawatankuasa Panel Penasihat Dasar dan Operasi yang dianggotai pengerusi YaPEIM, wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta wakil se...

Link Between Man & God

Assalamu'alaikum semua.. Hari ni Saba ada review balik email lama yang dah 5 tahun ada kat dalam tu. Dulu-dulu Saba ada beberapa orang kawan-kawan yang selalu sangat dan rajin sangat kirim email yang mengandungi kata-kata motivasi, ceramah-ceramah agama, gambar-gambar yang menarik dan banyak lagi. Sebab info-info yang Saba dapat tu memang menarik, Saba memang tak delete lah dari akaun. Hari ni Saba nak share something yang agak interesting yang juga boleh buka minda kita hubungan kita dengan Tuhan (Allah). I'm not so sure conversation ni melibatkan orang Islam or not. Tapi bagi Saba, Tuhan Saba hanya satu, ALLAH. Conversation ni bukan baru pun rasanya ramai yang dah pernah baca maybe dekat blog-blog lain. Maaf kalau ada isi kandungan conversation ni ada yang tak molek dipandang.. Silalah beri teguran. No worries.. Peace An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty. He asks one of his new students to stand and.......

Motivasi 3 : Buah Dalam Syurga

Image
Assalamu'alaikum semua, Hari ni Saba nak share something yang agak menarik iaitu mengenai Buah yang ada dalam syurga. Rasanya ramai yang tahu kot. Buah delima. Info ni Saba dapat dari email yang dihantar oleh studio perintis lama dulu. Lama sangat dah info ni duk dalam tu. Dah berhabuk dah pun baru nak buka baca. hehe. Apa apa pun harap semua enjoy the entry. Non edited okay! Agak sedikit malas di situ. 100% copy and paste sahaja. :P sumber :  google Pengenalan Buah delima atau nama botaninya, punica granatum merupakan sejenis buah yang lazat dan berjus. Bahkan buah delima juga disebut dalam al-Quran sebagai makanan di dalam syurga. Firman Allah SWT: Maksudnya: Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. (Ar-Rahman: 68) Selain disebut dalam al-Quran, buah delima juga disebut dalam banyak hadis Nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah yang bermaksud: Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguh-nya buah delima baik untuk peng...

Motivasi 2 : Jangan Muflis di Akhirat ~~~ Tinta Hati (Jun 2012)

Image
Assalamu'alaikum semua. Sempena Jumaat Hari paling mulia dari banyak hari, marilah kita memperbanyakkan amalan sunat agar dapat menampung lompang-lompang yang ada pada bungkusan amalan yang bakal dibawa ketika hisab nanti. Ha, perkara yang memang Saba akan buat setiap jumaat adalah, mandi sunat. Mandi je macam biasa tapi niatkan sunat and of course la kena basah rambutkan. Lebih kurang macam mandi wajib jugalah. Perkara yang kita biasa buat, kita namakan nya adat. Tapi untuk mendapat pahala, senang je, niat je kerana Allah. Mudahnya islam ni kan. Sama juga bila kita bekerja, kalau kita bekerja penat, berhempas pulas, tak makan, tak tidur, apa yang kita dapat? Gaji? Cukup ke gaji tu? Insyaa Allah cukup kalau niat kita bekerja ikhlas kerana Allah. And, of courselah sekali lagi, kerja yang halal. Jangan nanti ada yang mencuri lepas tu cakap niat kerana Allah, dapat pahala. Sape cakap? nak kena jentik ni. Pandai-pandai je. Ok, Saba ada something nak share pada awk orang semua tips ...

Motivasi 1 : Lihat

Image
Lihatlah pada mereka yang SAKIT, DAHULUnya mereka pernah SIHAT, Lihatlah pada mereka yang TUA, SUATU KETIKA dahulu mereka juga pernah MUDA, Lihatlah pada mereka yang SIBUK DAHULUnya mereka juga pernah terLUANG MASANYA, Dan lihatlah pada KUBUR ITU, SUATU KETIKA PENGHUNINYA juga pernah HIDUP seperti KAMU... LIHAT & RENUNG DIRI, KITA JUGA SUATU MASA NANTI AKAN MELALUI ITU SEMUA... Salam Sayang, Saba

7 jenis mata yang dicintai Allah

Image
(1) Mata mereka yg senantiasa berusaha kearah Melaksanakan perintah Jihad pada jalan Allah Swt. (2) Mata yg sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yg haram. (3) Mata yg berjaga malam dijalan Allah. (4) Mata yg memuji & memerhati kejadian ALLAH. (5) Mata yg memandang mereka yg miskin dgn Penuh kerahmatan & kasih sayang. (6) Mata yg menitiskan Air mata karena takutkan Kebesaran ALLAH (7) Mata yg memandang & membaca Al Qur'an mengambil Pelajaran & mengamalkan dalam kehidupan. sumber : dari fb group

Melayu Murtad!!??

Image
  Sehari dua ini negara digemparkan oleh beberapa keping gambar yang diedarkan di alam maya melalui Facebook, berbaur hasutan terhadap pihak yang dituduh berusaha memurtadkan orang Melayu dengan memeluk agama Kristian. Walaupun gejala murtad memang wujud tetapi membesar-besarkannya dengan menggunakan gambar-gambar yang tidak berkaitan adalah perbuatan pemalsuan yang tidak bertanggungjawab. Allah SWT melarang keras pembohongan sebagaimana yang difirmankan dalam ayat 105 Surah an-Nahl dan melalui hadith Nabi SAW yang mulia: "Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalangan ku." (HR Abu Hurairah) Bacaan penuh di : http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=982:isu-melayu-murtad-usaha-yang-lebih-menyeluruh-dan-bersepadu-diperlukan&catid=1:berita-pusat&Itemid=9

Remaja Perempuan Mogok Lapar dan Mendesak Kedai Arak ditutup

2 Jan 2014 TAMIL Nesan melaporkan bahawa seorang gadis berusia 10 tahun mengadakan bantahan awam bersama-sama dengan ayahnya menuntut sejumlah larangan alkohol di negeri Tamil Nadu. Jothimani mengambil bahagian dalam mogok lapar dengan bapanya Mohanraj , 37, pada Selasa untuk meminta semua kedai-kedai minuman keras yang akan ditutup. Mohanraj , buruh , mempunyai sejarah yang panjang berjuang dengan ketagihan alkohol. Beliau mengakui bahawa keluarganya telah mengalami banyak dan kehilangan status sosial mereka kerana tabiat minum , walaupun beliau kemudian berjaya menjalani pemulihan untuk menendang kebiasaan. Jothimani berkata selepas pemulihan bapanya, dia membuat keputusan untuk memberitakan kejahatan minuman keras kepada orang-orang , dan berharap tahun ini akan menjadi tahun yang minuman keras bebas di Tamil Nadu. > Malaysia Nanban melaporkan kes itu seorang gadis berusia 21 tahun yang membunuh diri pada 23 Nov di rumahnya di Bangalore , India Selatan, berikut tahu...

Air Mata Sang Kekasih

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersi...