Petua Murah Rezeki _ by Inchek Zarep
Assalamu'alaikum..
Salam Jumaat.. Saba mendoakan semua pembaca berada dalam limpahan rahmat Allah sentiasa sepanjang masa. Kita sama-sama berdoa pada hari yang mulia ini, agar kita dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera di bumi Malaysia, serta tidak lupa mendoakan sahabat serta saudara kita yang mungkin sedang berjuang untuk meneruskan hidup di Palestin dan juga Syria supaya mereka terus tabah dan kuat demi mengejar sebuah syahid.
Hari ini, macam tajuk yang dekat atas tu, Saba nak kongsikan tips, petua murah rezeki. Dalam dunia zaman sekarang ini, duit menjadi perkara terpenting dalam kehidupan manusia demi meneruskan kelangsungan hidup. Ada manusia yang zuhud, menganggap harta tidak penting. Tetapi, jika hidup terus dibelenggu kemiskinan, maka yang kaya akan menindas si miskin. Ok, Saba nak bincangkan dahulu mengenai rezeki. Rezeki ni bukan bermakna duit semata-mata. Bagi sesetengah orang, rezeki itu anak. Ada orang, rezeki itu dia dapat bahagia. Yang paling famous, rezeki tu duitlah.. Sebenarnya rezeki ni luaaaassss sangat.
doa Dhuha : picture credit to mr google
doa Dhuha : picture credit to mr google
Sekarang kita berpindah ke topik utama. Dalam Islam, petua untuk mudah dapat rezeki (Insyaa Allah) adalah dengan melakukan solat Dhuha. Rasanya ramai yang dah sedia maklum akan perkara ini. Mungkin ramai yang dah praktis.. Tapi Inchek Zarep ini, menjelaskan dengan lebih detail mengapa dan bagaimana untuk melakukan Solat Dhuha 12 rakaat. Apa yang beliau rasa dan impactnya dalam hidup beliau. Inchek Zarep ni Saba pun tak ingat dari mana Saba jumpa. Tapi moga ilmu beliau ini dapat membantu beliau jika ada orang yang mengamalkan apa yang beliau kongsikan ini. Mungkin dengan entry ini, dapat membantu readers semua membuat Solat dhuha 12 rakaat dengan lebih mudah.
#1. Kelebihan
Pengalaman saya 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan inshaAllah dapat partner yang tepat.
#2 Cara saya buat
- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit
selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke
celah-celah ruang rumah.
- Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr
- Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)
-Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
-Habis solat saya istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.
.
#3 Doa saya
InshaAllah ini perkongsian saya. Mudah- mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan dan kebaikan.
Itulah kata beliau..Baikkan? Siap doakan lagi.hehehe.. Semoga entry ini dapat membantu Readers semua untuk buat Dhuha 12 Rakaat.. Ilmu jgn diperap, kongsikanlah..walaupun tak buat.. Good Luck And All The Best. Fi Amanillah..
Salam Sayang,
Saba
nice blog :)
ReplyDeletetq TBA... ok x?
Delete