Motivasi 2 : Jangan Muflis di Akhirat ~~~ Tinta Hati (Jun 2012)

Assalamu'alaikum semua.

Sempena Jumaat Hari paling mulia dari banyak hari, marilah kita memperbanyakkan amalan sunat agar dapat menampung lompang-lompang yang ada pada bungkusan amalan yang bakal dibawa ketika hisab nanti. Ha, perkara yang memang Saba akan buat setiap jumaat adalah, mandi sunat. Mandi je macam biasa tapi niatkan sunat and of course la kena basah rambutkan. Lebih kurang macam mandi wajib jugalah. Perkara yang kita biasa buat, kita namakan nya adat. Tapi untuk mendapat pahala, senang je, niat je kerana Allah. Mudahnya islam ni kan. Sama juga bila kita bekerja, kalau kita bekerja penat, berhempas pulas, tak makan, tak tidur, apa yang kita dapat? Gaji? Cukup ke gaji tu? Insyaa Allah cukup kalau niat kita bekerja ikhlas kerana Allah. And, of courselah sekali lagi, kerja yang halal. Jangan nanti ada yang mencuri lepas tu cakap niat kerana Allah, dapat pahala. Sape cakap? nak kena jentik ni. Pandai-pandai je.

Ok, Saba ada something nak share pada awk orang semua tips ataupun amalan yang kita boleh lakukan selalu supaya tidak menjadi orang yang paling muflis di akhirat nanti. Amalkan tau.. Dapat pahala Saba yang share. Ups, Saba share ni niat kerana Allah. Bukan nak pahala semata.

Diantara amalan untuk menghapus dosa adalah seperti berikut :

1. BERTAQWA KEPADA ALLAH
"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya" (At-talaq:5)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,dan menghapus kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (Sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-anfal:29)

2.MENGIKUT RASULULLAH SAW
"Katakan (wahai muhammad) :"jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah,Allah maha pengampun lagi maha mengasihani." (Ali Imran:31)

3.MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil)kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)" (An nisa : 31)

4.IMAN DAN AMAL SOLEH
"Dan ingatlah sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka kekal didalam selama-lamanya,yang demikian itulah kemenangan yang besar." (At taghabun:9)

5. AMAL KEBAIKAN MENGHAPUS DOSA
Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila engkau mengerjakan perbuatan yang tidak baik, maka ikuti dengan amalan yang baik supaya ia menghapuskannya."

6.MEMAAFKAN ORANG LAIN
"Dan segeralah kamu kepada amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu, dan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang yg mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang yg menahan kemarahannya,dan orang-orang yg memaafkan kesalahan orang .Dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yg berbuat perkara-perkara yang baik" (Ali Imran : 133-134)

7.MENYAYANGI BINATANG
"Tidaklah seorang muslim yang menuangkan gandum untuk makanan kudanya kemudian dia mengacaunya, melainkan Allah menulis baginya satu kebaikan untuk setiap biji gandum"

8.MUSIBAH MENGHAPUS DOSA
Dari aisyah berkata Nabi s.a.w. bersabda "Tidak ada satu musibah pun yg menimpa seorang muslim kecuali Allah menghapus dengannya dosa-dosanya,sampai pada duri yg menusuk " (HR AL-BUKHARI)

DARI jabir bin abdullah diriwayatkan bahawa Rasulullah menemui Ummu saib lalu berkata:

"Wahai ummu saib kenapa kamu merintih?Jawab ummu saib: "Aku sedang demam, semoga Allah tidak memberkahi demam" Rasulullah bersabda "Jangan kamu mencela demam,kerana ia dapat menghilangkan dosa manusia sebagaimana pandai besi menghilangkan karat besi (HR MUSLIM)

9. AIR WUDUK DAN SOLAT MENGHANYUTKAN DOSA
Dari Abdullah bin Mas'ud,dia berkata:"Sesungguhnya ada seorang lelaki mencium wanita
(bkn isterinya) lalu ia datang kpd Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut,maka turunlah firman Allah:

"Dan dirikanlah sembahyang(wahai muhammad) dan engkau dan umatmu pada dua bahagian siang (pagi petang) dan pada waktu -waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah - perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (HUD : 114)

MAka lelaki tadi berkata : "wahai Rasulullah, apakah ayat ini diperuntukkan bagiku?" jawab Rasulullah "Bagi siapa sahaja dari umatku yang melakukannya (HR . Al Bukhari)





(Tinta Hati Jun 2012)

Sekian, Salam sayang,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG