Posts

Showing posts from September, 2015

Belajarlah Dari Monyet

Image
Assalamu'alaikum Dan selamat pagi semua.... Hari ni cutikan semua??? Pagi-pagi lagi Saba dah bangun dah sebab ingat hari ni keje. Lupa pulak!! Nasib baik belum iron Baju keje lagi.he he... So, lepas subuh berdatinglah dengan Mr. Google. Ni ada jumpa info yang berguna untuk menambahkan ilmu pengetahuan.. Jika ada info yang salah or silap dengan terbuka hatinya Saba terima teguran dari semua.. Jangan cakap belakang tau.. PM Saba personal or nak comment pun boleh.. No worries okay... Hari ni Kita belajar ilmu pisang.. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia, mereka menjadikan pisang sebagai gaya diet seharian mereka.. Bukan itu saja, malah pisang juga amat ses

Petua Murah Rezeki _ by Inchek Zarep

Image
Assalamu'alaikum.. Salam Jumaat.. Saba mendoakan semua pembaca berada dalam limpahan rahmat Allah sentiasa sepanjang masa. Kita sama-sama berdoa pada hari yang mulia ini, agar kita dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera di bumi Malaysia, serta tidak lupa mendoakan sahabat serta saudara kita yang mungkin sedang berjuang untuk meneruskan hidup di Palestin dan juga Syria supaya mereka terus tabah dan kuat demi mengejar sebuah syahid.  Hari ini, macam tajuk yang dekat atas tu, Saba nak kongsikan tips, petua murah rezeki. Dalam dunia zaman sekarang ini, duit menjadi perkara terpenting dalam kehidupan manusia demi meneruskan kelangsungan hidup. Ada manusia yang zuhud, menganggap harta tidak penting. Tetapi, jika hidup terus dibelenggu kemiskinan, maka yang kaya akan menindas si miskin. Ok, Saba nak bincangkan dahulu mengenai rezeki. Rezeki ni bukan bermakna duit semata-mata. Bagi sesetengah orang, rezeki itu anak. Ada orang, rezeki itu dia dapat bahagia. Yang paling famous