Posts

Showing posts from 2014

Happy Birthday to Me...

Image
Assalamu'alaikum semua... Lame tak intai kat sini.. Actually hari ni birthday saba...And kek yang kat dalam gambar tu adalah kek yang family surprise kan.. sweet sgt..Masing-masing diam je.xada yang wish..sedih je kan sbb selalu mak mesej malam-malam buta untuk wish. And one more thing.. Ada hadiah speacial lagi.. Mata saba bengkak.. Nasib baik dalam gambar xnampak.cun la sikit,hehe. Perasan jap... Doktor cakap kena jangkitan kuman dalam mata. Kalau lambat rawat,bernanah and kena bedah la jawabnya.. Mujur cepat rawat.hehe Dekat bawah ni ada satu game untuk korang berkenaan dengan korang punya birthday; Enjoy,kay... Tapi lucu la saba punya ayat..hihihi Pilih bulan kelahiran korang Januari - Aku cinta Februari - Aku gigit Mac - Aku belasah April - Aku peluk Mei - Aku terhantuk Jun - Aku terkentut depan Julai - Aku menari dengan Ogos - Aku pergi dating dengan September - Aku lambai dekat Oktober - Aku muntah depan November - Aku jerit dekat Disember - Aku terlanggar i

7 jenis mata yang dicintai Allah

Image
(1) Mata mereka yg senantiasa berusaha kearah Melaksanakan perintah Jihad pada jalan Allah Swt. (2) Mata yg sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yg haram. (3) Mata yg berjaga malam dijalan Allah. (4) Mata yg memuji & memerhati kejadian ALLAH. (5) Mata yg memandang mereka yg miskin dgn Penuh kerahmatan & kasih sayang. (6) Mata yg menitiskan Air mata karena takutkan Kebesaran ALLAH (7) Mata yg memandang & membaca Al Qur'an mengambil Pelajaran & mengamalkan dalam kehidupan. sumber : dari fb group

Denggi?kisah si nyamuk

Image
Assalamu'alaikum...entry kali ni ditulis kerana mak roommate saba masuk wad..sebab denggi.. ceritanya,mula-mula doctor kata dia mungkin kena penyakit paru-paru berair... lepas 2,doctor lain cakap suspect denggi pulak.. semalam katanya gula dalam darah naik sampai kena ambil insulin.. berita terkini, mak beliau dimasukkan ke wad icu kerana denggi tahap bahaya a.k.a. denggi jahat (doctor yang bagi nama ni yer). masuk hari ni dah 4 hari mak beliau kat hospital.. Harap-harap kesembuhan diberi kepadanya. Amin. Doakan ye semua.. Di bawah ada sedikit info yg encik google bagi tentang denggi ni. Belajar sikit-sikit ye.. Pengenalan Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan

Tasbih,tasbih cinta?

Image
Cantik x tasbih tu?saba buat sendiri tau..nak bg pada siapa?untuk org2 yg speacial dlm hdup saba.org yg rapat dgn saba n org2 yg saba syg..if saba dah bg,jgn xguna pulak yer..bgla kredit sikit kt saba.hehe.dpt pahala ;-)

21 Mac 2014 Berita Terkini MH370 Pesawat MAS Hilang

Image
Penemuan dua objek di Lautan Hindi, Barat Australia melalui cerapan satelit berkemungkinan memberi petunjuk relevan yang dapat dikaitkan kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia itu sejak 8 Mac lalu. Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) kini sudah memasuki hari ke -14 dan pasukan (SAR) dikerahkan ke lokasi penemuan bagi mengesan dan mengesahkan adakah objek itu benar-benar dari serpihan pesawat MH370. Berikut merupakan rangkuman berita terkini berkaitan misi mencari dan menyelamat pada Jumaat dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Foto menunjukkan serpihan objek berkemungkinan berkaitan dengan MH370 yang dikesan hasil dari cerapan satelit. Walaubagaimana pun penemuan ini belum disahkan lagi. Kapal Norway Sertai Misi Dan Operasi SAR Pada Jumaat Kini Bermula Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan berhampiran dua objek yang dikesan satelit. Kapal Norway yang dalam perjalanan menghala ke Madagascar dari Melbourne itu mendapat permintaan dari pihak ber

Berita Terkini pesawat MAS MH370

Image
Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada khamis 13 Mac 2014. Misi pencarian MH370 sudah pun memasuki hari ke enam manakala operasi cari dan menyelamat pesawat tersebut masih lagi diteruskan. Setakat ini, sebarang petanda mengenai kedudukan terkini pesawat MH370 yang hilang masih lagi gagal dikesan. Laporan Dakwa MH370 Terbang 4 Jam Dari Lokasi Akhir Tidak Benar Malaysia pada 13 Mac 2014 menafikan sebuah laporan media yang mengatakan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan The Wall Street Journal (WSJ) itu tidak benar. Hishammuddin berkata pihak pengeluar enjin pesawat Rolls Royse dan pihak Boeing turut menafikan laporan tersebut. Penyiasat AS Dakwa MH370 Terbang Selama 4 jam Dari Lokasi Terakhir Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat penumpang Malaysia yang hilang, be

Misteri MH370

Image
Assalamu'alaikum warahmatullah... lama xupdate entry dalam blog ni since diri ni sangat buzy memanjang..line pun xberapa nak ok plak kat rumah, agknye sebab banyak sagat yg tengah view pasal MH 370 ni kot (same je tuan punye diri ni...hihihi). Ok..org lain update, diri pun nk update juga pasal MH 370 ni.. [TMI] Bukti pesawat MH370 terbang selama empat jam lagi selepas hilang pada Sabtu datang daripada data yang dikongsi oleh pihak berkuasa Malaysia dan bukan pembuat enjin Rolls Royce, lapor Washington Post, hari ini. Dengan “maklumat terbaru” belum dipastikan ini, jurucakap White House, Jay Carney berkata pihak berkuasa akan memperluaskan pencarian Boeing 777-200ER ke Lautan Hindi, melebarkan kawasan pencarian beratus kilometer ke barat. Pegawai pentadbiran Barack Obama kemudiannya berkata, maklumat terbaru adalah mengenai enjin pesawat terus hidup empat jam selepas hilang daripada radar awal pagi Sabtu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Terdapat 239 orang da

Melayu Murtad!!??

Image
  Sehari dua ini negara digemparkan oleh beberapa keping gambar yang diedarkan di alam maya melalui Facebook, berbaur hasutan terhadap pihak yang dituduh berusaha memurtadkan orang Melayu dengan memeluk agama Kristian. Walaupun gejala murtad memang wujud tetapi membesar-besarkannya dengan menggunakan gambar-gambar yang tidak berkaitan adalah perbuatan pemalsuan yang tidak bertanggungjawab. Allah SWT melarang keras pembohongan sebagaimana yang difirmankan dalam ayat 105 Surah an-Nahl dan melalui hadith Nabi SAW yang mulia: "Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalangan ku." (HR Abu Hurairah) Bacaan penuh di : http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=982:isu-melayu-murtad-usaha-yang-lebih-menyeluruh-dan-bersepadu-diperlukan&catid=1:berita-pusat&Itemid=9

Perbuatan kejam penternak arnab

Image
Subhanallah...kejamnye manusia.dah akhir zaman manusia dah semakin less humanity.. :( Arnab diperlaku kejam sebelum bulunya disiat. BEIJING - CHINA . Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda. Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali. Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan. Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh. "Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya. - Mail Online sumber: http://www.sinarharian.com.my/perbuatan-kejam-penternak-arnab-1.224441

Remaja Perempuan Mogok Lapar dan Mendesak Kedai Arak ditutup

2 Jan 2014 TAMIL Nesan melaporkan bahawa seorang gadis berusia 10 tahun mengadakan bantahan awam bersama-sama dengan ayahnya menuntut sejumlah larangan alkohol di negeri Tamil Nadu. Jothimani mengambil bahagian dalam mogok lapar dengan bapanya Mohanraj , 37, pada Selasa untuk meminta semua kedai-kedai minuman keras yang akan ditutup. Mohanraj , buruh , mempunyai sejarah yang panjang berjuang dengan ketagihan alkohol. Beliau mengakui bahawa keluarganya telah mengalami banyak dan kehilangan status sosial mereka kerana tabiat minum , walaupun beliau kemudian berjaya menjalani pemulihan untuk menendang kebiasaan. Jothimani berkata selepas pemulihan bapanya, dia membuat keputusan untuk memberitakan kejahatan minuman keras kepada orang-orang , dan berharap tahun ini akan menjadi tahun yang minuman keras bebas di Tamil Nadu. > Malaysia Nanban melaporkan kes itu seorang gadis berusia 21 tahun yang membunuh diri pada 23 Nov di rumahnya di Bangalore , India Selatan, berikut tahu

Air Mata Sang Kekasih

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersi