Motivasi 3 : Buah Dalam Syurga

Assalamu'alaikum semua,
Hari ni Saba nak share something yang agak menarik iaitu mengenai Buah yang ada dalam syurga. Rasanya ramai yang tahu kot. Buah delima. Info ni Saba dapat dari email yang dihantar oleh studio perintis lama dulu. Lama sangat dah info ni duk dalam tu. Dah berhabuk dah pun baru nak buka baca. hehe. Apa apa pun harap semua enjoy the entry. Non edited okay! Agak sedikit malas di situ. 100% copy and paste sahaja. :P

sumber : google

Pengenalan

Buah delima atau nama botaninya, punica granatum merupakan sejenis buah yang lazat dan berjus. Bahkan buah delima juga disebut dalam al-Quran sebagai makanan di dalam syurga.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. (Ar-Rahman: 68)

Selain disebut dalam al-Quran, buah delima juga disebut dalam banyak hadis Nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah yang bermaksud:

Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguh-nya buah delima baik untuk penghadaman perut. (Ahmad, Baihaqi, Ibnu Sunni)


Kandungan Nutrien Dalam Buah Delima

Buah delima memang kaya dengan pelbagai nutrien. Bahagian isi delima mengandungi 78% air, 1.6% protein, 0.1 lemak, 5.1% serabut, 0.7% mineral, 14.5% karbohidrat, asid askorbik, zat besi, vitamin-vitamin A, B1, B2, B3, dan C, natrium, kalium dan lain-lain.


Khasiat buah delima:

Unsur penting pembentukan darah merah dan antioksidan. Buah delima atau daripada segi saintifik-nya, punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain sedap dimakan, buah delima juga mempunyai kebaikan daripada segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Sebiji buah delima mampu memberikan khasiat yang banyak kepada kita. Buah delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi antara buahan yang lain.

Memelihara jantung dan saraf

Delima yang disebutkan dalam al-Quran, mengandungi kalium yang besar nilainya, selain mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan natrium, dan vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Kandungan natrium, kalium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar kalium dan natrium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur. Buah delima juga dapat mencegah edema dan mengurangkan kadar gula dalam darah (terutama kepada ibu yang baru pertama kali mengandung). Delima juga menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.

Mempercepat tumbesaran

Di samping itu, mineral yang terdapat dalam delima ini mampu menguatkan tulang, gigi dan mempercepat proses tumbesaran. Secara tradisi terutama dalam kalangan orang Melayu, buah delima yang masam boleh mencegah daripada muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing. Hal ini demikian kerana buah delima mengandungi bahan pencengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Antara kebaikannya yang lain:
1. Menghalang pembentukan sel kanser
2. Mencantikkan kulit
3. Mencegah daripada nyanyuk
4. Memberikan tenaga
5. Elok untuk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
6. Elok untuk sistem penghadaman
7. Mengurangkan berat badan
8. Mengurangkan alahan (untuk orang mengandung)
9. Memperelok rahim

Penyediaan Ubat Menggunakan Buah Delima

Buah delima sangat lazat rasanya. Buah delima sangat subur di negara-negara Arab. Malaysia sangat beruntung kerana buah delima dapat ditanam di buminya. Buah delima segar mahal harganya dan agak sukar diperoleh. Namun, jus delima boleh kita dapati dengan mudah di pasaran. Jus delima agak mahal tetapi berbaloi. Selain dibuat jus, terdapat banyak lagi kegunaan delima yang boleh dibuat ubat.

i. Mengubati benjol dan luka yang teruk

Ramuan:
Buah delima (diambil bijinya) dan madu
Cara penyediaan:
Tumbuk biji buah delima dan campurkan dengan madu. Kemudian, sapulah pada benjolan tersebut. Insya-Allah benjolan itu akan surut.

ii. Mengubati penyakit kuning pada mata

Ramuan:
Buah delima dan madu
Cara penyediaan:
Buah delima diperah dan diambil airnya, kemudian dicampurkan dengan madu. Kemudian, campuran tadi diletakkan pada kening.

iii. Menghentikan muntah

Ketika dalam keadaan muntah, makanlah buah delima agak kerap kerana buah delima mengandungi bahan pencengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

iv. Menghentikan pendarahan hidung

Ramuan:
Buah delima (yang dimasinkan) dan madu
Cara penyediaan:
Campurkan isi delima dengan madu dan masak sehingga menjadi likat. Biarkan ramuan tersebut sejuk dan sapukan pada hidung. Insya-Allah pendarahan hidung akan berhenti.

v. Mengubati cirit-birit

Ramuan:
Akar delima dan air kosong

Cara penyediaan:
Basuh akar delima sehingga bersih. Rebus akar tersebut dan minum airnya. Insya-Allah cirit-birit akan berkurangan.

vi. Mengubati buasir dan sakit perut
Ramuan:
Kulit buah delima yang dikeringkan dan air

Cara penyediaan:
Ambil kulit buah delima dan lumatkan untuk dijadikan jus. Minumlah pada setiap pagi. Insya-Allah buasir dan sakit perut dapat dihilangkan.

vii. Mengubati sakit kepala

Ramuan:
Kulit delima, daun inai dan air

Cara penyediaan:
Tumbuk kulit delima dan daun inai dengan lumat, campurkan air sehingga sebati. Kemudian, lumurkan bahan tadi pada kepala. Insya-Allah sakit kepala akan berkurangan.

Petua dan Larangan Penggunaan Buah Delima

Buah delima mempunyai khasiat yang pelbagai. Sama ada dalam keadaan masam atau manis, buah delima tetap membawa khasiat. Buah delima yang manis dapat mengubati batuk, buah yang masam pula dapat melawaskan kencing. Bijinya pula jika ditumbuk halus dan disapu pada benjolan, akan mengecutkan benjolan tersebut. Namun, petua berdasarkan pengalaman pengamal perubatan tradisional mengatakan bahawa buah delima yang manis kurang sesuai untuk orang yang demam.

Sumber : Perintis book

Macam mana? banyakkan kegunaan buah delima ni. Oleh kerana Saba ni anemia, memang nak kena cari jugak ni. Tambah darah cara sihat...hehe. Oklah, tunggu next entry. Sayonaraaaaa...

Salam Sayang,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG