Bacaan Surah Sewaktu Mengandung (Ikut Bulan)

Assalamu'alaikum.

Maaf lama tak bersiaran. Semangat nak berbloging lambat nak sampai. Lagi-lagi lepas Baby Adam meninggal hari tu. Biasalah, perasaan seorang ibu yang kehilangan anak. Kalau tak kuat iman, memang boleh meroyan. Alhamdulillah, moral support dari family and my beloved husband memang sangat membantu.

Ok, berbalik pada topik yang Saba nak share hari ni. Bacaan Surah untuk diamalkan sewaktu mengandung. Semua sedia maklum, terdapat beberapa Surah yang elok diamalkan sewaktu mengandung, tapi kadang kita kelirukan nak baca surah yang mana sebab banyak and panjang-panjang..hihi. Tapi, bacaan Al-Quran ni buatlah setiap hari.. Macam Saba, Saba baca surah amalan mengandung ni sebelum tidur. Waktu lain diteruskan dengan bacaan Al-Quran yang biasa.

Info ni Saba dapat dari blog Kakiku suka berjalan .. Tuan punya blog ni dapat info dari kakak sepupunya which is bagi Saba info ni berguna untuk pengetahuan semua mommies..


*Kandungan 1-3 Bulan : Surah Yasin, Surah An-Nahlu (untuk elak gangguan syaitan)
 Kandungan 16 Minggu : Surah Yusuf
 Kandungan 24 Minggu : Surah Luqman
 Kandungan 36 Minggu : Surah Maryam

Kalau readers semua nak tanya Saba kenapa, Saba pun tak boleh nak sure tapi kalau ikut logik mmg sesuai turutan surah tu dengan peringkat kandungan. Dan lagi, kalau baca Al-Quran, tak kira la Surah apa pun tetap akan dapat pahalakan? Semoga apa yang Saba sampaikan ni dapat diamalkan dan pahala tu bersambung kepada Tuan Ilmu..

Semoga mommies semua dapat harungi alam mengandung yang indah ini dengan tabah dan bahagia. Semoga selamat melahirkan, dan mendapat zuriat yang soleh yang dapat berbakti kepada Agama, ibu bapa dan masyarakat, dunia dan akhirat.. Aminn.

Salam Sayang,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat