Perancangan Perkahwinan

Assalamu'alaikum semua...
Mulai minggu hadapan kita akan mula bercuti panjang..seronokkan? Lagi seronok sebab dapat banyak surat saman.kuikuikui... Jadual Saba pun untuk Februari ni full every weekend. Semua tanda pangkah, event tiap hujung minggu..huhu. Sekarang tengah pening fikir nak bg hadiah apa pada kawan-kawan yang nak sambut hari bahagia bulan dua ni. Ok, Saba rasa sekarang ni mesti ramai yang bertunang or merisikkan? Saba rasa baik hati hidangkan kat kome semua perancangan perkahwinan sebagai panduan bakal-bakal pengantin semua. Semoga apa yang Saba coretkan kat bawah ni banyak membantu kome semua..hehe. Good Luck! Luv ya!

8 bulan sebelum perkahwinan:

1. Bakal pengantin haruslah berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. Ini bagi mengelakkan adanya berlaku salah faham dan kecil hati dikemudian hari.

2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

3. Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang diingini.

4. Banyakkan membuat rujukan mengenai perkahwinan supaya lebih memahami proses dan bagi mendapatkan gambaran awal majlis perkahwinan.

5. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini.

6. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

7. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

8. Daftar kursus kahwin (jika belum ada)

9. Semak semula wang hantaran yang dikenakan (jika ada perubahan wang hantaran)


5 bulan sebelum perkahwinan:

1. Menempah tok kadi untuk majlis perkahwinan

2. Tempah photografer

3. Beli cincin kahwin

4. Jika mengambil katering, boleh buat food testing dan buat booking pada masa ini. Haruslah di ingat, jika tarikh kahwin adalah pada cuti sekolah kena booking awal sebab takut tarikh yang berkenaan dah kena booking orang lain..menangis tak berlagulah nanti..huhu.

5. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

6. Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

7. Tentukan tempat honeymoon dan budget yang diperlukan serta booking jika berpuas hati. Jika boleh, rajinkan join contest. Mana tahu nanti dapat hadiah tajaan honeymoon kan? Tuah manusia siapa tahu..hehehe.


3 bulan sebelum perkahwinan:

1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 

2. Buat confirmation tempahan hotel, bridal dan segala yang berkaitan.

3. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

4. Rawatan intensif muka, badan dan rambut.


Bagi pengantin lelaki:

Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


Bagi pengantin perempuan:

Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.  Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


2 bulan sebelum perkahwinan:

1. Membeli barang kemas

2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

Perhatian : Untuk yang dah lama ambil Kursus Kahwin bolehlah rujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda kerana proses mendaftar pernikahan bagi setiap negeri adalah berbeza terutamanya negeri Johor. 


3 minggu sebelum perkahwinan:

1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


3- 1 hari sebelum perkahwinan:

1. Hias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan hantaran yang lain.

2. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

3. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

4. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.

5. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

6. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.


Bagi pengantin lelaki:

Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan.


Bagi pengantin perempuan:

Hubungi jurusolek anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)


PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

1. Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

2. Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

3. Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

4. Cincin / gelang tangan / rantai.

5. Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

6. Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

7. Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

8. Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.


PADA HARI PERKAHWINAN:

- Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

- Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

- Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:

1. Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

2. Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung, barang kemas dan wang hantaran.


Bagi pengantin perempuan:

Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.


Semoga perkongsian ini banyak membantu bakal pengantin menuju hari bahagia. Saba doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Semoga pernikahan kalian kekal hingga syurga.

Salam sayang,
Saba

Sumber : google (lupa nak copy link)



Comments

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG