Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Assalamu'alaikum readers..

Untuk pengenalan, Arabian Sugar Wax adalah kaedah membuang bulu yang tidak dikehendaki. Katanya, inilah cara yang digunakan oleh isteri Firaun, Cleopatra. Saba memfokuskan entry ini untuk mereka yang mengalami masalah bulu yang berlebihan pada tubuh. Dan kaedah ini juga selamat digunakan di bahagian ketiak (Saba dah cuba dan memang berkesan). Mungkin tak semua yang sesuai dengan kaedah ni. Tapi tak salah mencuba. Kaedah ini bukan menghilangkan bulu secara kekal tetapi peratusan pertumbuhan bulu itu menjadi lambat dan bulu yang tumbuh itu adalah lebih halus dan lembut. Mana tahu lama-lama terus hilang..hehehe..Bagi yang nak guna cara ni untuk bulu kaki tak menjadi masalah, untuk isteri, kena minta izin suami dulu yer..hehe.


Ada beberapa kaedah yang digunakan untuk menghilangkan rambut dari tubuh.

1. Mencukur
Ia bersifat sementara , sebenar nya mencukur tidak menyebab kan rambut lagi tebal, tumbuh lagi cepat atau lagi banyak.Ia hanya memotong bulu di bahagian atas kulit , jadi pangkal rambut yang lebih tebal bila memanjang ia kelihatan seoalah olah lebih tebal.

2. Mencabut bulu
Agak menyakit kan .. dan kesan nya lebih lama dari mencukur . Namun begitu ia tetap akan tumbuh semula.

3.Waxing / sugar waxing
Wax yang panas di tuang di kulit , apabila ia sejuk rambut akan terlekat pada wax , kemudian rambut akan di tarik keluar dari kulit.

Sugar Waxing pula mengguna kan GULA seakan akan caramel yang panas akan di tuang di atas kulit. Cara nya sama cuma apa bila sudah selesai , proses mencuci sugar wax ini lebih mudah berbanding traditional wax.

4. Depilatories
Bahan kimia yang di gunakan adalah thioglycolate yang di campur dengan sodium hydroxide atau calcium hydroxide . Ia secara langsung men"cair"kan terus rambut .
Masalah utama adalah kesan samping nya kerana bahan kimia ini boleh men"cair"kan sel kulit juga.

5. Elektrolisis
Kesan lebih baik, menggunakan jarum halus untuk mengalirkan ELEKTRIK terus ke folikel rambut. Secara teori nya , kesan elektrik ini membakar folikel rambut . Elektrolisis adalah salah satu cara untuk membuang rambut secara kekal namun begitu masa yang di ambil untuk prosedure ini adalah lama, SAKIT , memerlukan seseorang yang MAHIR untuk melakukan nya dan prosedure ini perlu di lakukan setiap 12bulan ke 18 bulan. Kesan samping adalah sakit , pembentukan Keloid , hyperpigmentation dan hypopigmentation.

6. Laser
Laser yang di gunakan adalah IPL atau DIODE laser. Diode laser adalah lebih berkesan.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat suga wax ni adalah:

- 2 cawan gula
- 1/4 cawan air
- 1/4 cawan jus lemon/ limau nipis/ jus oren (Saba guna limau nipis jer sebab tu je ade kat rumah)
- Kalau nak flavor lain contoh strawberi or etc boleh masukkan sekali. Harum gitu

Cara bancuh: 

Campur semua bahan dalam periuk.
Gaul sehingga larut dan boleh tinggalkan sekejap dengan api sederhana( jangan guna api besar takut hangus) 
Bila dah berbuih gaul dan cuba pastikan warnanya jika dah jadi seperti dalam gambar. Kalau susah nak tengok, angkat sekejap dari api (hati-hati sebab masa ni hula tu akan jadi sangat panas. melecur tangan nanti)



Dah siap boleh tutup api dan masukkan dalam bekas.


Cara menggunakan sugar wax ni:

1. Panaskan sugar wax dengan masukkan dalam microwave atau double boiling
2. Bersihkan bahagian tubuh yang akan di wax dan tabur bedak (kalau basah akan jadi kurang efektif)
3. Sapukan wax dengan menggunakan spatula mengikuti arah pertumbuhan rambut. Pastikan sugar wax tu tak panas sangat, suam-suam kuku je. menjerit ko nanti. 1st time Saba guna menjerit kepanasan, nasib baik xmelecur. Test dulu kat jari. kalau dah comfortable boleh apply kat tempat yang nak guna.
4. Tampalkan kain cotton/linen (Saba pakai jari je sebab memang boleh sangat-sangat nak tarik guna jari, caranya keluarkan sedikit kat hujung pastu tarik. Sebelum tarik, tekan-tekan bagi sugar wax tu sempurna lekat kat semua bulu.)

5. Tarik kain berlawanan dengan arah pertumbuhan rambut.
6. Dah siap, cuci guna air biasa jer. Nak air suam pun boleh. Tapi bila dah dicabut bulu, liang roma terbuka. Saba tuamkan dengan air sejuk yang dah direndam ais bagi menutup kembali liang roma yang dah terbuka tu. Kaedah ni Saba guna pakai sebab rujuk kaedah rawatan muka. Rasanya kulit semua samakan?hehe

Senang yang amat. Tak perlu nak juling biji mata yang cabut satu-satu bulu kat ketiak tu. jadi cantik dan putih bersih jer. Tak percaya sila cuba. hehe.


Note: Tak semua orang dianugerahkan dengan badan bebas bulu. Jadi jangan kecam orang yang nak buang bulu kaki, tangan, etc sebab adalah harus buang bulu yang tak sepatutnya jika ia melebihi kadar sepatutnya (terutama kaki perempuan seperti kaki lelaki). Tapi jangan buang bulu kening sebab yang tu haram. Saba tak izinkan kalau nak guna kaedah ni untuk buat benda yang haram yer..hati ni tak redha..hehe

Ok, Sampai sini saja untuk hari ni. Sekian dari Saba.

Salam sayang,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG