Cinta Jarak Jauh?? Kekalkan momentum perhubungan
Dalam zaman yang mencabar macam sekarang ni memang banyak cabaran dalam percintaan. Cinta jarak jauh dah jadi macam satu kemestian pula. Iyelah, bila tak bekerja, nanti tak mencukupi pulak belanja rumahkan? Kesian pula pada sang suami yang membanting tulang menyara kehidupan seorang diri. Tiada pilihan, terpaksa berjauhan untuk membantu keluarga. Tapi cinta jarak jauh ni terlalu banyak rintangan dan dugaan harus ditempuhi. Namun itu bukan bermakna pasangan jarak jauh itu tidak boleh bahagia. Since Saba pun akan rasa juga lepas ni, gigih jugaklah Saba meng google ape yang patut untuk membuatkan hati Saba lebih yakin akan hari mendatang.kuikuikui..ayat tak le blah! Dan hasilnya, banyak dapat tips yang bagus untuk digunapakai. Saba nak bagi si dia bacalah untuk persediaan mental dan fizikal..hihihi..enjoy your reading. Luv ya!
1. Setia dan saling mempercayai cinta masing-masing
Kepercayaan adalah tunjang dalam setiap percintaan. Jangankan kata yang jauh, yang dekat pun kena ada sifat saling mempercayai. Pasangan hendaklah sentiasa saling mempercayai dan janganlah pula bila kepercayaan dah diberi kemudian curang pulak! it's a no no. Kepercayaan yang diberikan bukanlah tiket untuk pasangan lelaki atau perempuan untuk bersikap curang walaupun hanyalah sekadar mengisi masa bosan. Mula-mula isi masa lapang, nanti jadi teman tapi mesra, lama-lama hati pulak berkenan cara tak sengaja. Ok! Percaya dan jangan curang. 3 JANGAN ini juga amat penting, jangan kongkong, jangan cemburu buta, jangan dengar cakap orang tanpa bukti.
2. Sentiasa berdoa
Doa itu umpama kita berbual dengan Allah. Berdoalah bersungguh-sungguh. Allah suka umatnya merayu dan meminta padaNya. Berdoalah! Semoga kesayangan kita sentiasa berada dalam lindungan Allah serta diberikan kesihatan dan rezeki yang murah. Tambahkan lagi dengan doa agar hubungan kalian semakin utuh dan semoga kasih sayang bertambah dari hari ke hari. Ataupun yang paling mudah sekali setiap kali selepas solat, bacakanlah al-fatihah sedekahkan pada si dia. Nanti kesayangan akan sentiasa ingat pada kalian. Perlu ingat akan satu perkara, hati itu berbolak balik dan cinta itu milik Allah. Untuk mendapatkan cinta, dapatkan dulu cinta Pencipta cinta itu dulu.
3. Selalu berkomunikasi
Pada masa sekarang ni kalau ada masalah komunikasi lagi itu adalah masalah sikap. Kenapa? What's app, skype, ym, telegram, instagram..apa lagi yang ada. semua tak akan jadi masalah. Tapi kalau tak digunakan, tak ada functionlah. Kadang-kadang ada sesetengah orang memang tak pandai nak berkepit dengan handphone 24 jam. cukuplah sekadar ucapan "Good Morning, sayang" atau "Selamat Malam, Darling". Percayalah.. Itupun dah cukup. Ia sebagai tanda ingatan kamu pada kesayangan kamu dan biarkannya rasa dekat walaupun jauh. Tapi kalau 3 or 4 hari tak berhubung, sebenarnya si dia tak betul-betul sayang pada kamu. sebab zaman sekarang dah tak main surat-surat cinta. Bila rindu terus call, mesej. Kalau tak ada, tak rindu, bila tak rindu, tak sayanglah tu.. (kejap lagi ramai yang putus cinta kang baca statement aku ni). Ini hanyalah sekadar pendapat peribadi ye. Jangan percaya sangat, Saba pun menulis ikut perasaan jugak.

4. Sesi meluahkan perasaan
Sebenarnya bila berjauhan, peluang untuk meluahkan perasaan akan lebih terbuka. Kadang-kadang yang ucapkan I LOVE YOU bila berdepan bukan main payah lagi. Malu.. Bila berjauhan ni lah masanya nak meluahkan rindu dendam segalaaaa... Bila meluahkan perasaan, pasangan akan rasa lebih dihargai dan terasa penting dirinya pada pasangannya. Perkara ini akan membuatkan hubungan lebih hangat dan manis. Berusahalah untuk selalu romantis dalam komunikasi.
5. Dating
Bila dah duduk jauh, ambillah masa sekali sekala untuk berdating. Carilah masa walau sesibuk manapun. Korbankan sedikit waktu rehat untuk berjumpa kesayangan. Kalau betul sayang, lautan api sanggup ku harung..ceewahhh..haha

6. Beri Kejutan
Pasangan akan merasa lebih terharu dan percayalah, mesti murah air mata dia bukan sedih..tapi terharu dengan kejutan yang anda berikan. Buatlah delivery bunga ke, or pos coklat ke. kan sweet tu..hehe. kalau rase xmampu buat kad DIY or paling koman pun surat cinta. Tak ada angin, tak ada ribut tetiba dapat surat dari pujaan hati. Sampai mati dia ingat nanti..haha..Nak lagi sweet? buat video ke, or movie sent dekat email dia.
7. Saling memahami antara satu sama lain
Selalunya perempuan yang selalu salah fahamkan? Jangan kecam Saba..kikiki..Sebab Saba pun perempuan.huh! ok point yang ni memang kena dekat batang hidung sendirilah kan... People can change :p ... Bila berlaku sesuatu contohnya macam whatsapp dah baca tapi tak reply, maybe seseorang tu tengah sibuk. Sempat baca ja, tak dan nak membalas. Nanti dia tak sibuk, dia balaslah. Tak yah sentap sangat. Tapi kalau sampai esok lusa tak balas, maknanya dia memang tak ingat pun kat korang. Okay, sentaplah..hihihi..
Cinta Jarak Jauh ni bukan semua orang boleh survive. Korang kena matang and be independent. Kena pandai makan, pakai sendiri. Tak boleh nak manja sangat. Jujurlah sentiasa dan jangan sesekali membuka mukadimah pencurangan (ada ke ayat ni dalam bm..aptb). And untuk yang terakhir sekali, sekali lagi Saba tekankan, cinta ini adalah milik Pencipta. Kalau kita nakkan cinta itu kena minta pada Pencipta cinta itu. Insyaa Allah, ada jodoh yang panjang akan sampai ke syurga Pencipta.
Jaga diri, jaga mulut, jaga lidah, jaga hubungan dengan Allah. Jangan tinggal solat ye...tata
Salam Sayang,
Saba
Comments
Post a Comment