ADAT BERTUNANG

Assalamu'alaikum,
Hye semua.. Entry ni sebenarnya adalah sambungan pada entry sebelum iaitu Adat Merisik. Bila dah merisik kenalah fikir pasal Bertunang pulakkan? Dah-dah.. Tak payah pening-pening. Encik Google dah tolong ni. Dekat bawah ni saba ada listkan senarai yang u guys kena tahu dan buat sebagai preparation untuk majlis pertunangan akan datang. Selamat membaca ...

1. Pilih tarikh/waktu/tempat :
Tak payah pening sangat, bertunang ni tarikh tu yang penting mudah untuk diingati. Waktu pun fleksible. Bila-bila masa pun boleh buat. Tempat pulak haruslah di rumah bakal pengantin perempuan. Saba rancang nak buat sekali tunang dengan nikah..senang and sangat save budget..kan?hehe. Rancang je sendiri. Orang yang nak buat tu pun tak rancang lagi.huhu

2. Tentukan jumlah hantaran bagi pihak Lelaki dan Perempuan :
Kebiasaannya 5 dulang Lelaki berbalas 7 dulang bagi pihak perempuan. Dan selalunya perempuan akan bagi 2 dulang lebih dari lelaki dengan jumlah nombor ganjil.

3. Pilihan Tema hantaran :
Untuk tunang ni Saba nasihatkan tak perlulah vogue sangat. Warna yang natural cukuplah. Nanti time Sanding dan resepsi bar pilih warna terang-terang untuk lebih menyerlahkan seri pengantin. Biasanya pemilihan color yang sesuai adalah warna yang lembut. Contohnya macam Soft Pink, Hijau pucuk Pisang, Biru Laut. Saba nanti nak warna krim je sebab baju dah ada. Turun temurun punya baju. hehehe..

4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah :
Sendiri kena fikirlah kalau nak mudah dan tak nak pening-pening fikir baik tempah je. Kalau saba ni memang Saba beli je sebab tak da seni langsung. Lagipun dekat Air Hitam, Johor banyak kedai pengantin ada hantaran yang  memang dah siap gubah. Then, tinggal letak barang je. Tak mahal pun untuk 5 dulang dalam 200++ jer. Rasanya kalau buat sendiri pun silap-silap budget lebih dari beli. Tapi Jika nak lebih rasa sentimental value, buatlah sendiri. Mahal tak pa asalkan hasil tangan lahir dari hati yang saling mencintai.. cheewahh.

5. Pilihan Warna pakaian:
Bergantung pada tema yang telah u guys pilih. Biasanya lelaki pakai baju biasa je. Tapi zaman sekarang tunang pun dah macam nikah dah. Berbaju melayu serta bersongket. Kalau Saba tak nak lah macam tu. Tak nak over sangat. Biasa-biasa je. Kalau time sanding dan resepsi ok.

6. Tentukan jenis barang hantaran :
Senaraikan barang-barang ikut kehendak & kemampuan. Seeloknya barang hantaran tunang ni adalah barang yang akan digunakan time kahwin nanti. Contohnya kain untuk baju nikah. Tapi masa Kak Long Saba tunang dulu banyak makanan je sebab nak save. hehe.. Tak salah pun.

7. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
Yang ni untuk orang yang dah merisik, biasanya dah bincang masa merisik. Tapi untuk yang tak merisik biasanya memang akan bincang pasal hantaran masa tunang ni la. Ingatlah, hantaran biar berpada. Kesian Bakal Suami kalau tinggi sangat. Saba minta duit belanja makan je. Tapi belanja makan pun dah mahal sekarang ni..huhu

8. Cincin tunang & risik :
Untuk majlis merisik dengan bertunang serentak, haruslah disediakan dua cincin. Tapi yang ni sebenarnya depends juga pada keluarga pihak perempuan. Biasanya untuk merisik, cincin yang diberi adalah cincin belah rotan. Untuk tunang pula cincin berlian. Kalau tak cincin berlian, bagi cincin yang ada batu kat atas pun ok. Janganlah pula lepas ni ikat perut semata-mata nak beli cincin berlian. Ukur baju dibadan sendiri. ye dak. banyak je cincin murah yang berbatu sekarang. Tak perlu berlian pun tak mengapa.

9. Pilihan mini Pelamin :
Zaman sekarang ni bertunang pun nak ada pelamin. huh! tak sukanya. Saba nanti tak mau pelamin. Membazir walaupun mampu. Tapi depends lah pada semua, manatahu anak orang kaya, bongsu pulak. Mesti parents nak buat besar-besaran. hehe..

10. Makeup :
Ofcourse lah nak makeup. Nak upah mak andam pun boleh. Nasiblah Saba ni pandailah jugak makeup sikit-sikit. Dan adik pun memang kaki makeup. Tunang je kan. Time sanding and nikah nanti baru upah mak andam. hehe

11. Jurugambar :
If rasa nak dapat gambar yang cantik bolehlah upah photographer. Tapi Ambil gambar sendiri pun dah ok.

12. Sediakan bajet jamuan makan
Nak guna katering pun boleh masak sendiri pun boleh. Tapi kalau buat jemputan sikit je masak sendiri pun dah ok. Saba time tunang nak masak Nasi Ayam sendiri. Saja nak tunjuk pada bakal mak mertua Saba ni pandai masak..ececeh.. kalau dalam 50 orang makan pandailah saba masak. Kalau nak buat kenduri besar-besar tak sanggup ooo..  Jadinya mintak maaflah nak cakap dulu, time tunang Saba akan buat kecil-kecilan je.hihihi. Kalau buat asing dengan majlis nikahlah.

13. Tentukan wakil pihak untuk berbalas pantun
Haha, ada lagi pantun  ke? boleh je ada-adakan untuk memeriahkan suasana. Biasanya orang yang paling berpengalaman dan berpengaruh dalam keluargalah kan? Lagi satu jangan lupa. Ibu @ ibu saudara bakal pengantin lelaki yang akan menyarungkan cincin ke jari manis bakal pengantin perempuan.

14. Tentukan jumlah keluarga dari pihak Lelaki yang akan ikut serta :
Ini penting untuk menentukan budget makan dan doorgift yang nak di beri. Nanti bila tiba-tiba yang datang 1 bas, tak ke naya makanan and doorgifft banyak yang tak dapat. Kecik hati pula nanti pihak yang lagi satu.


15. Perkara-perkara yang akan dibincang kedua keluarga pada hari pertunangan :
1) Tarikh nikah
2) Tempat
3) Jumlah wang hantaran (jika belum bincang lagi)
4) Jumlah wang mas kahwin (ikut negeri, tapi ada pihak lelaki yang murah hati bagi lebih. Untunglah pihak perempuan tu)
5) Jumlah dulang hantaran semasa kahwin

Ada lagi tak ye. Kalau ada lagi boleh drop dalam komen. Nanti Saba update balik apa yang tertinggal.. Thank You semua. Take Care dan selamat maju jaya!

Salam Sayang,
Saba

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Adat Merisik