Adat Merisik

Bagi lelaki-lelaki diluar sana yang nak menyunting gadis idaman sebagai suri hidup kamu, janganlah mengenepikan adat resam melayu walaupun dah melamar gadis tersebut di Restoran Mewah, Tepi Pantai or what so ever... janganlah dilupakan ada hati yang harus dijaga iaitu keluarga kedua-dua belah pihak. Nanti kata apalah pulakkan tiba-tiba je nak kahwin merisik tak da, tunang pun tak da..tup-tup nak kahwin..no no no no no..panjangnye...heh2.. Berikut adalah tips yang mungkin sedikit sebanyak boleh membantu u guys dalam membuat preparation untuk pergi merisik..Jangan terjah jer.. Nanti ada yang ternganga bile diajukan soalan or pihak perempuan minta apa-apa anda hanya mampu geleng kepala jer..hehe..

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

• Cincin belah rotan. (cincin tanda)






• Wang tanda (hantaran), yang ini biasanya 1% daripada nilai hantaran. Jadi if hantaran Rm10k, wang tanda bolehlah beri rm100. But if u guys nak beri lebih xsalah.. Lagi banyak, lagi cepat dapat menikah..hihihi

• Baju sepasang atau kain

• Buah-buahan

• Kuih-muih

• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)

• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak. (dah tentu jawab tak, ye dak?heh2)

• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.

• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.

• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut. (seronoknya, nak bayangkan jap..:p)

• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.(Biasanya memang kedua-dua pasangan dah pun bincang dulukan..jangan lupa beritahu wakil masing-masing. nanti bercanggah pulak dengan rancangan, tak memasal..hehehe)

• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan. (Yang ni pun biasa dua-dua dah bincang. Tapi ada yang memang keluarga yang tetapkan.. Itu terpulang. Tak Kisahlah, yang penting semuanya berjalan lancar).

Sebenarnya nak merisik ni senang je. Tak susah pun. Asalkan ada cincin jadilah. Macam kawan Saba dulu lagi advance tau, Bakal Mak Mertua jumpa kali pertama terus sarung cincin. Itupun dah kira merisiklah tu. Ia terpulang kepada cara masing-masing. Yang penting niat ikhlas dan murni untuk mendirikan rumah tangga bakal terlaksana. Selamat maju jaya semua ye.

Hmmm..Bila la Si Dia nak Masuk Minang Saba ek..Sape tu? ups..ada ke?

Salam Sayang ,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

ADAT BERTUNANG