Punca, Tanda & Cara Mencegah Penyakit Buah Pinggang

Assalamu'alaikum semua..

Minggu lepas Saba terlibat dengan aktiviti luar syarikat. Perlu jaga booth untuk 1 hari. Dalam pada menjaga booth, masa cahaya matahari yang panas membakar tu manela nak ada orangkan? So, Saba terpandangkan 1 khemah ni ada banyak sangat botol ubat.. Rupa-rupanya tu khemah pengamal ubat homeophaty. Nak dijadikan cerita, Saba pergila buat ujian kesihatan. Katanya percumalah kan. Saba berani pergi sebab memang sebab tengah kering. Kalau tak mesti terbeli macam-macam ubat dekat situ.huhu..Tapi tahu tak, rupanya banyaknye benda yang nak kena betulkan dalam badan Saba ni. Tapi tulah, Saba ni boleh jugak yang dikatakan pengamal cara hidup sihat..sihatlah kan(Padahal banyak minum air je pun yang sihatnye)..Tapi banyak pula yang perlu di repair..huh! Dan hasilnya, I need to repair my kidney and stomach. Katanya banyak sangat angin dan lemak dekat usus(patutla buncit pun) dan Buah pinggang Saba agak kotor cuma tak kritikal sangatlah. Yang teruk hanya perut je..So, pak cik google banyak membantu Saba untuk cari petua nak cuci buah pinggang ni. Ni adalah serba sedikit pengetahuan tentang buah pinggang. Harapnya artikel Saba ni dapat membantu sesiapa yang rasa ianya membantu..kihkihkih.. Enjoy your reading.

Sumber info : alibukansetan

Sifat penyakit adalah kronik, kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalani aktiviti harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul bila penyakit sampai ke tahap serius. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum memberi kesan kepada kesihatan.


Fungsi buah pinggang

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada pengidapnya. 


Info Penyakit




Punca-punca kerosakan buah pinggang
(Sumber: FreeVitamin)

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi. Pernah Saba terbaca kes buah pinggang ni terjadi pada perempuan seusia 25Tahun berpunca daripada kesan pengambilan jamu sejak berumur belasan tahun lagi.

2. Diabetes: Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

3. Tekanan darah tinggi (hipertensi): situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.


Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang 

(Sumber: mauceriasokmo)

1. Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

2. Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

3. Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.

4. Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

5. Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Cara-cara mencegah penyakit buah pinggang
(Sumber: infokesihatan4u)

1. Periksa tekanan darah secara berkala. Ia adalah sangat penting untuk mempunyai tekanan darah yang normal jika anda ingin untuk mencegah penyakit buah pinggang. Mempunyai tekanan darah biasa juga akan membantu mencegah penyakit dan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan penyakit.

2. Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Semak dengan pakar pemakanan untuk mewujudkan pemakanan yang membolehkan anda makan makanan yang anda suka.

3. Beritahu doktor anda jika keluarga anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang. Kedua-dua keadaan ini boleh diwarisi secara turun-temurun. Doktor anda boleh menetapkan ubat perencat ACE untuk membantu mengawal tekanan darah anda.

4. Sentiasa berwaspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.

5. Perhatikan simptom-simptom gejala anemia. Jika anda sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.

6. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

7. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal

8. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda.


Info tambahan: Ini info yang tersebar meluas dalam internet tentang cara mencuci buah pinggang cara mudah dan murah. Tak pasti keberkesanannya tapi tak salah mencuba kan?

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja. Di bawah adalah cara yang paling mudah dan murah yang boleh dipraktikkan untuk mencuci buah pinggang

1. Beli seikat daun SUP/SADERI/KETUMBAR
2. Cuci bersih-bersih
3. Potong kecil-kecil
4. Masukkan ke dalam periuk
5. Masukkan air bersih
6. Didihkan untuk sepuluh minit sahaja
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masukkan ke dalam botol yang sesuai dan,
10. Simpan dalam peti sejuk.

Amalkan meminumnya segelas sehari , insya Allah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat mencuba.

Salam sayang,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG