Beg udara hadapan tidak berfungsi?
Assalamu'alaikum...
Kalau semua masih ingat pada tahun Saba telah mengalami kemalangan link di sini . Dan kalian sedia maklum kereta Saba memang mengalami kerosakan yang agak teruk. Hanya tempat pemandu yang kelihatannya ok. Dan kerana itulah Saba tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan bengkak urat sahaja. Alhamdulillah. Tapi Saba memang pelik sebab air bag langsung tak keluar semasa impact berlaku. Syukurlah, kalau tak mesti bengkak muka and bibir..hihihi...
Bila baca artikel by Hezeri Samsuri baru lah Saba faham kenapa airbag myvi Saba tak keluar masa kejadian berlaku. Saba ni dengan melulunya menuduh salah company buat kereta tak buat kereta elok-elok..hehehe..Tak pasal-pasal dapat dosa kering.
Sebenarnya, memang ada kejadian di mana beg udara hadapan tidak akan diaktifkan. Sesetengah syarikat kenderaan ada menerangkan kejadian tersebut di dalam buku panduan mereka. Contohnya, Proton ada menyentuh hal-hal kejadian di mana beg udara hadapan mungkin tidak akan aktif dan juga kejadian di mana beg udara mungkin akan diaktifkan.
Menurut buku panduan Proton, ada enam kejadian di mana mungkin beg udara hadapan tidak akan menggelembung.
1) Apabila kenderaan itu menghentam tiang, pokok atau objek seumpamanya
2) Apabila kenderaan itu melanggar bahagian bawah kenderaan lain seperti lori
3) Apabila kenderaan itu mengalami hentaman akibat perlanggaran pada bahagian penjuru hadapan
4) Apabila kenderaan lain melanggar bahagian belakang kenderaan itu
5) Apabila kenderaan lain melanggar bahagian sisi kenderaan itu
6) Apabila kenderaan itu berguling pada bahagian sisi dan bumbung
Proton seterusnya mengingatkan bahawa bahagian hadapan kenderaan mungkin remuk dengan ketara disebabkan menyerap daya hetaman dan beg udara hadapan mungkin tidak akan diaktifkan kerana kesan remuk dan rosak pada badan kenderaan.
Proton juga mengingatkan bahawa beg udara hadapan mungkin akan menggelembung dalam tiga situasi berikut:
1) Apabila kenderaan itu melanggar tebing/tanah yang ditinggikan dan lain-lain
2) Apabila kenderaan ini melanggar lubang dalam/lubang pada jalanraya
3) Apabila kenderaan ini dipandu menuruni jalan yang curam dan menghentam tanah
Ilustrasi dari buku panduan Proton Iriz.
Harus diingatkan bahawa pengesan atau sensor beg udara dibina terus pada kerangka kenderaan. Ini bermaksud kenderaan tersebut perlu direka dari awal untuk menerima beg udara. Ia bukan aksesori yang boleh dipasang di kedai-kedai.
Menurut laman web safercar.gov dari kerajaan Amerika Syarikat, ada enam sebab mengapa beg udara hadapan tidak menggelembung.
1) Hentaman tidak cukup kuat dan memadai dengan penggunaan tali pinggang keledar
2) Beg udara hadapan jenis pintar akan menutup sistem penggelembungan untuk penumpang hadapan bila ia tahu ada bayi atau kanak-kanak yang duduk di kerusi tersebut, atau tiada penumpang di kerusi itu.
3) Sebab nombor dua juga boleh terjadi untuk beg udara sisi.
4) Ada kenderaan yang tidak mempunyai kerusi belakang, seperti lori pikap dan kereta sport, mempunyai butang tutup untuk beg udara penumpang
5) Beg udara tidak akan aktif jika lampu amaran beg udara rosak kekal menyala walaupun setelah kereta dipandu. Dalam situasi ini, pemandu sepatutnya terus bawa kereta ke pusat servis.
6) Untuk kenderaan terpakai, beg udara mungkin tidak diganti selepas kemalangan, atau mungkin diganti dengan beg udara tiruan yang mudah rosak
Jadi, kesimpulannya. kereta Saba adalah kereta terpakai..air bag mungkin tidak diganti selepas berlakunya kemalangan sebelum ini ataupun mungkin ianya diganti dengan beg tiruan yang mudah rosak..Sebabnya ketiga-tiga sebab yang dikatakan punca air bag keluar semua berlaku semasa kemalangan berlaku iaitu:
1) Apabila kenderaan itu melanggar tebing/tanah yang ditinggikan dan lain-lain
2) Apabila kenderaan ini melanggar lubang dalam/lubang pada jalanraya
3) Apabila kenderaan ini dipandu menuruni jalan yang curam dan menghentam tanah
Pandai je Saba buat kesimpulan sendiri. Yang penting syukurlah Saba sihat wal afiat.. Allah masih beri peluang untuk Saba bernafas atas dunia ni. Syukurlah....
Harap pengisian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pada pengguna kenderaan semua.
Salam sayang,
Saba
Comments
Post a Comment