MASAK2 : DENDENG DAGING



Semalam ada beli daging..xtau nak buat ape...So google lagi and lagi terjumpe resepi ni...
Dendeng Daging.
Seriously memang xpenah masak beb..ni lah 1st time nak masak..bru google okay..jadi gambar pun copy and paste jerkla..nampak macam sedap je gamba kat atas tu kan...

So, ni resepinya..ada tokok tambah sikit sebab saba memang suka sesuka hati..ampun ya...jd resepi ni tidak tertakluk siapa punya tau.. memang sembrono je nie..

Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut
diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..
1/2 sudu kecik pes asam jawa

Bahan D
air rebusan daging

Cara-caranya

Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...

Bahan A direbus sehingga daging lembut.
Air rebusan jangan dibuang

Daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk guna lesung batu buat sampai habis.

Goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika. Guna minyak goreng bawang tadi angkat dan toskan.

Guna kuali yang sama letakkan 3 sudu besar minyak masak. Tumis cili merah kisar , daun limau purut & serai .

Tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam (Secukup rasala..agak-agak je).

Kemudian masukkan kicap manis dan pes asam jawa.. Setelah itu, letakkan pulak bahan D dalam 5
senduk..

Masukkan bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup biar air tersebut agak2 kering

Kemudian masukkan bahan B pulak dan kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan
daging sikit.. Then bolehlah rasa if ada yang kurang leh topup tambah..pepandailah ye.. saba pun hentam keromo jer..

Siap..Selamat mencuba..

Salam Sayang,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG