Tip Nak Menghilangkan Sembelit
Assalamu'alaikum dan selamat tengah hari semua.
Setelah berbulan tak ada update apa dalam blog, nilah baru terfikir nak aktif. Sebenarnya ni blog ke tiga. selalu sangat lupa password..what to do :p
Lately, sering sangat sembelit. tak tau lah apa masalahnye. Tapi mungkin sebab makan ubat herba kot. yelah, herba kan. Panas katanya. Lagi-lagi perempuan ni. Sensitif! Nak tak nak memang kena makan juga lah sebab nak baik. Gastriknya dah teruk sangat. Nanti melarat susah pula kan. Ok, ni nak share sedikitlah tentang sembelit ni. Memang hari ni kita bincang tentang sembelit je ok. Jangan mare..hihihi.. Next entry Saba bagi topic yang best sedikit. Sebab dah alang-alang nak share berita terkinikan...Terkinilah sangat.hmpffff..
SEMBELIT
Sembelit ni adalah kepayahan dalam membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna. Selalu rasa masih ada lagi yang mahu dibuang ataupun tertinggal kat dalam tu tapi memang payah sangatlah nak keluarkan.hihihi. Selalunya najis keras dan sakit bila nak membuang. sakitnya tak payah cakap lah.. Mesti terketap bibir or muka sampai merah padam..huk2.. yeker..(memang membuang tengok cermin ker?lol!:p). Selain itu juga, sembelit ini kebiasaannya terjadi apabila dah berhari-hari tak membuang(Biasanya bila ini berlaku, penghidap akan rasa kembung perut, kejang perut, kurang selera makan dan akan berasa sangat tidak selesa untuk membuat tugasan harian).
SEBAB SEMBELIT
Sembelit ini biasanya terjadi berdasarkan beberapa factor. Dan kebanyakkannya adalah berpunca daripada factor pemakanan. Antara sebab-sebab yang memungkinkan perkara ini terjadi adalah;
1. Diet (diet yang rendah fiber - sepatutnya, kenalah masukkan bijirin ataupun kekacang dalam jadual/menu harian tu) kalau Saba diet, memang akan sembelit. Sebabnya macam tak kuat je nak meneran..wakakaka..Nampak sangatlah sembelit. Sebenarnya bila diet, kena banyak minum air sebab badan dah banyak bakar makanan yang ciput je masuk perut tu. So, fungsi air adalah untuk melembutkan makanan-makanan yang dah diambil semua zat-zatnya. Diet cara sihat OK!
2. Tak cukup Air dalam Badan. tadi dah beritahulah..hehe. Air ni keperluan dalam tubuh badan kita ni. Lain tubuh, lain kuantiti yang di perlukan. Di bawah adalah formula untuk mengira berapa jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan kita dalam sehari.
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
3.0 Tabiat makan tidak menentu juga adalah penyumbang terjadinya kes sembelit ini. Biasakan makan ikut jadual kerana pemakanan yang mengikut jadual akan membuatkan usus mengenal waktu yang sesuai untuk di proses. Beware! Jangan makan lewat malam. Sebab nanti tak sempat usus nak bekerja awak semua dah tidur. nanti xsempat pagi esok dia nak bawak hasil ke kilang! :p
4.0 Ubat ubatan seperti herba juga menjadi salah satu factor sembelit seperti yang terjadi pada Saba. huhuhu..Jika mengamalkan makan herba, jumlah air yang perlu diminum juga perlu ditingkatkan. Saba pun tak berapa pandai nak huraikan bab ni. Tapi, jika saba menghadapi situasi sembelit ini, tindakan yang selalu saba lakukan adalah minum air sebanyak yang boleh sampailah saba Berjaya keluarkan dia yang suka sangat duk kat dalam tu.hahaha. Jangan gelak ok, sebab ni memang betul-betul saba buat. Berapa kali ke toilet tak payah cakaplah sebab memang akan sentiasa rasa nak terkucil..:p
5. Tak suka bersenam. Ha, yang ni memang bermasalah. masalah-masalah...masalah.. Saba betul-betul tak suka nak bersenam. What to do..kuikuikui... Tapi untuk elak dari kena sembelit, rajin-rajinlah bersenam ye.
6.Tahan buang air. Ok, yang ni pun selalu jugalah saya buat. Yang ni memang tak patut dilakukan. Jangan tiru macam saba! Saba ni memang penggeli. Bila ke tandas awam untuk buang saham, kalau tandas tu dah macam tong sampah, kotor dan bau yang tak semegah, memang terbantut serta mertalah.. Tak tahan beb..huhu. Tapi betul ni, jangan buat macam saba. Teruk nanti awak semua kena sembelit.
Tadi kita bincang tentang sebab dan factor terjadinya sembelit dan sedikit coret-coretan merapu saba, sekarang saba nak share cara untuk memulihkan kembali sembelit yang telah pun terjadi. Yang ni semua saba google je dan petik dari blog-blog. Not originally from me okay!
PETUA SEMBELIT
1. Makan kurma 7 biji (Kurma terkenal dengan kandungan serat yang paling tinggi).
2. Pisang (ada beberapa cara-Bakar @ Kisar dengan air. yang penting masuk perut)
3. Betik
4. Oat (sebenarnya segala jenis bijirin dan kekacang.Fokus pada oat sebab paling berkesan setakat ni)
5. Banyak makan sayur hijau (saba ambil klorofil sebab tak suka makan sayur hijau yang pahit tu)
6. Kopi (merangsang otot dalam sitem pencernaan dan pergerakan usus)
7. Buah Prune (sama fungsi seperti kurma)
8. Mencangkung semasa membuang air (tradisional, jangan nak orang putih sangat)
Panjang dah ni. Cukup dah rasanya untuk entry kali ni. Kalau rasanya masih tak cukup google la tempat lain pula ye.hehehe..penat gak menaip ni. Al-maklum, dah lama tak menaip.
salam sayang dari saya,
Saba
Comments
Post a Comment