Berita Terkini pesawat MAS MH370
Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang
pada khamis 13 Mac 2014. Misi pencarian MH370 sudah pun memasuki hari ke
enam manakala operasi cari dan menyelamat pesawat tersebut masih lagi
diteruskan. Setakat ini, sebarang petanda mengenai kedudukan terkini
pesawat MH370 yang hilang masih lagi gagal dikesan.
Laporan Dakwa MH370 Terbang 4 Jam Dari Lokasi Akhir Tidak Benar
Malaysia
pada 13 Mac 2014 menafikan sebuah laporan media yang mengatakan pesawat
MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas berkemungkinan terbang selama empat
jam daripada lokasi dan waktu terakhir ia dikesan. Pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan The Wall
Street Journal (WSJ) itu tidak benar. Hishammuddin berkata pihak
pengeluar enjin pesawat Rolls Royse dan pihak Boeing turut menafikan
laporan tersebut.
Penyiasat AS Dakwa MH370 Terbang Selama 4 jam Dari Lokasi Terakhir
Penyiasat
Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat penumpang Malaysia yang
hilang, berada di udara selama empat jam selepas hubungan terakhirnya
dan mungkin diterbangkan ke lokasi yang tidak diketahui. Teori penyiasat
penerbangan AS dan pegawai keselamatan negara itu berasaskan kepada
data yang dimuat turun secara otomatik ke darat oleh enjin Rolls-Royce
Boeing 777 itu yang menunjukkan pesawat berkenaan terbang selama lima
jam. Pihak MAS dan pengeluar enjin pesawat Rolls Royse menafikan dakwaan
yang dikeluarkan The Wall Street Journal (WSJ) dan ternyata laporan itu
tidak benar.
MAS Nafi Laporan The Wall Street Journal (WSJ) MH370 Terbang 4 Jam Dari Lokasi Akhir
Rolls
Royce dan Boeing tidak menerima sebarang data menunjukkan MH370 terus
terbang selama empat jam dari lokasi terakhir hubungan terputus pada
Sabtu lalu. Perkara itu dinyatakan Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari
Yahya pada sidang media.
Gagal Temui Petunjuk Pesawat MH370 Berdasarkan Imej Satelit China
Jabatan
Penerbangan Awam (DCA) memaklumkan tiada petunjuk berkaitan pesawat
MH370 ditemui di lokasi berdasarkan imej satelit China yang dipercayai
kemungkinan serpihan kapal terbang terbabit.
Satelit China Kesan 3 Objek Disyaki Pesawat MH370
Satelit
negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut
Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat
Boeing 777 – MH370 Sabtu lalu. Menurut laporan berita saluran CNN itu,
objek-objek terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14
kali 19 meter dan 24 kali 22 meter. Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke
Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China yang
dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370. Namun pasukan operasi dan
penyelamat gagal menemui sebarang tanda MH370 di lokasi imej satelit
China berkenaan.
Pekerja Pelantar Minyak Dakwa Melihat Pesawat Terbakar Dan Menjunam
Pekerja
pelantar minyak New Zealand, Michael McKay mendakwa melihat sebuah
pesawat terbakar dan terjunam. Dia yang bekerja dengan syarikat pelantar
minyak ‘Songa Mercur’ di sekitar Vung Tau percaya bahawa objek tersebut
adalah pesawat MH370 yang hilang. Pegawai Vietnam mengesahkan telah
menerima emel tersebut, tetapi tiada serpihan yang dijumpai di lokasi
yang dinyatakan Michael.
Kod Penerbangan Ditukar Sebagai Hormati Anak Kapal dan Penumpang
MAS
umum henti guna kod penerbangan MH370, MH371 untuk laluan KL-Beijing-KL
mulai 14 Mac 2014 bagi hormati penumpang dan anak kapal pesawat MH370
yang hilang. MAS bagaimanapun tetap meneruskan jadual penerbangan dari
KL-Beijing-KL dengan kod baru iaitu MH318 dan MH319.
Mayat Ditemui Di Selat Melaka Bukan Penumpang MH370
Mayat
yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini
disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan
MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada
Sabtu lalu. Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita,
54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara. Lelaki
itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai
Kuala Aceh, pada petang Ahad.
Misi Pencarian Hari Ke 6 Masih Lagi Diteruskan
Operasi
mencari dan menyelamat masih diteruskan pada hari ke enam (13 Mac
2014). Operasi pencarian kini diperluaskan sehingga 27,000 batu nautika
melibatkan perairan Laut China Selatan (14,440 batu nautika) dan Selat
Melaka (12,425 batu nautika). Sebanyak 12 negara turut terbabit dalam
operasi tersebut dan yang terbaharu melibatkan penyertaan India, Jepun
dan Brunei.
Tiada Sebarang Petunjuk MH370
Hishammuddin
juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan
nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370. sehingga kini
tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat
Boeing 777-200 milik MAS. Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
juga menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera
Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
Objek Rakit Bukan Milik Pesawat MH370
MAS Fokus Jaga Kebajikan Keluarga Penumpang
Fokus
utama Malaysia Airlines (MAS) kini ialah menjaga kebajikan keluarga
penumpang dan kru penerbangan MH370 dengan menyediakan maklumat terkini,
kemudahan pengangkutan, tempat penginapan, makanan, perubatan dan
sokongan moral kepada mereka. MAS dalam kenyataan hari ini, berkata
sebanyak 115 keluarga berada di ibu negara dan keperluan mereka dijaga
oleh 72 pembantu selain penterjemah bagi keluarga dari China.
Comments
Post a Comment