21 Mac 2014 Berita Terkini MH370 Pesawat MAS Hilang
Penemuan dua objek di Lautan Hindi, Barat Australia melalui cerapan satelit berkemungkinan memberi petunjuk relevan yang dapat dikaitkan kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia itu sejak 8 Mac lalu.
Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) kini sudah memasuki hari ke -14 dan pasukan (SAR) dikerahkan ke lokasi penemuan bagi mengesan dan mengesahkan adakah objek itu benar-benar dari serpihan pesawat MH370.
Berikut merupakan rangkuman berita terkini berkaitan misi mencari dan menyelamat pada Jumaat dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Foto menunjukkan serpihan objek berkemungkinan berkaitan dengan MH370 yang dikesan hasil dari cerapan satelit. Walaubagaimana pun penemuan ini belum disahkan lagi.
Kapal Norway Sertai Misi Dan Operasi SAR Pada Jumaat Kini Bermula
Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan berhampiran dua objek yang dikesan satelit.
Kapal Norway yang dalam perjalanan menghala ke Madagascar dari Melbourne itu mendapat permintaan dari pihak berkuasa Australia untuk membantu misi mencari objek tersebut.
Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan memaklumkan operasi SAR itu akan diteruskan pada Jumaat.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi pada Khamis ditangguhkan disebabkan faktor cuaca yang menjejaskan pencarian objek
Dua pesawat tentera udara Australia (RAAF), Orion dan Hercules, kapal P8 Poseidon milik Amerika Syarikat dan pesawat tentera udara New Zealand Orion digunakan dalam misi ini.
Faktor Cuaca sukar kesan dua objek
Usaha mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) di kawasan pencarian seluas 23,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, mungkin mengambil masa berhari-hari kerana keadaan cuaca buruk.
Laporan agensi berita Australian Association Press (AAP) itu yang memetik kerajaan Australia, turut menyatakan usaha mencari diteruskan selepas pesawat Australia dan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis gagal mengesan kedua-dua objek yang dirakam oleh satelit kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth, awal minggu ini.
Empat pesawat tentera iaitu dua daripada Tentera Udara Diraja Australia serta masing-masing satu dari New Zealand dan AS dikerah ke lokasi pada Jumaat.
“Setakat ini tiada objek dikesan” lapor AAP yang memetik Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam laporan berkenaan.
MH370 – Dua petunjuk terbaik masih gagal ditemui
Disiarkan: 21.3.2014 Jumaat
mysumber : 21 MAC 2014 BERITA TERKINI MH370 PESAWAT MAS HILANG http://splashurl.com/o79at58
Comments
Post a Comment