Tips Mengesan Emas Palsu

Assalamu'alaikum readers..

Hari ni Saba nak share tips untuk mengenali dan mengesan emas palsu. Seperti yang kita semua maklum terlalu banyak penipuan yang berkaitan dengan emas yang berlaku di Malaysia. Untuk orang yang bermain dengan emas fizikal mungkin tiada masalah untuk mengenal pasti kepalsuan emas tersebut. Entry ini adalah untuk orang biasa yang memang tidak tahu bagaimana nak mengenalpasti ketulenan emas yang dibeli. Untuk mencari wang bukan mudah, kadang-kadang kita nak juga reward diri dengan membeli emas untuk memuaskan hati sendiri dan juga untuk simpanan masa hadapan. Emas ni bukan sahaja cantik, ia juga boleh menjadi aset yang sangat cair yang mana bila kita memerlukan wang, kita boleh menukarnya kepada cash segera dengan cara menggadaikannya.


 Mengenal emas palsu, caranya adalah simple dan kita sendiri boleh buat di rumah.

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda mengesan sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna(biasanya hijau)  maka emas tersebut mungkin palsu.

2. Dengan lembut cucukkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah,  maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut. Emas bermutu 750 sedikit keras oleh kerana itu kebanyakannya cincin batu akan menggunakan emas 750. Emas ini masih lagi diterima untuk gadaian di Ar Rahnu.

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu. (note: gelang bulat yang mempunyai spring akan tertarik magnet di bahagian spring kerana spring diperbuat daripada besi). P/s: logam tungsten juga tidak boleh dikesan menggunakan magnet dan penimbang air kerana ketumpatannya hampir sama dengan ketumpatan emas (harus rujuk pada yang pakar). Tetapi kes ini lebih kepada barang padu seperti Gold Bar atau Syiling emas (Ar Rahnu juga tidak menerima barang ini untuk gadaian).


4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut.

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambar seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.


7. Jika ada tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stand for Gold Platted.

8. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih kesilveran yang terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

9. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.

10. Sifat emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean yang anda pakai sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan) maka ia bukanlah emas tulen.

12. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras. 

Itu sahajalah yang dapat Saba kongsikan untuk entry kali ni. kalau ada yang nak tambah, boleh drop comment kat bawah. Nanti Saba add dalam entry..ok semua, love you all..tata

Salam sayang,
Saba

Comments

Popular posts from this blog

Sugar wax ~ Paling mudah, murah, cepat

Adat Merisik

ADAT BERTUNANG