Posts

Showing posts from April, 2015

Motivasi 3 : Buah Dalam Syurga

Image
Assalamu'alaikum semua, Hari ni Saba nak share something yang agak menarik iaitu mengenai Buah yang ada dalam syurga. Rasanya ramai yang tahu kot. Buah delima. Info ni Saba dapat dari email yang dihantar oleh studio perintis lama dulu. Lama sangat dah info ni duk dalam tu. Dah berhabuk dah pun baru nak buka baca. hehe. Apa apa pun harap semua enjoy the entry. Non edited okay! Agak sedikit malas di situ. 100% copy and paste sahaja. :P sumber :  google Pengenalan Buah delima atau nama botaninya, punica granatum merupakan sejenis buah yang lazat dan berjus. Bahkan buah delima juga disebut dalam al-Quran sebagai makanan di dalam syurga. Firman Allah SWT: Maksudnya: Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. (Ar-Rahman: 68) Selain disebut dalam al-Quran, buah delima juga disebut dalam banyak hadis Nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah yang bermaksud: Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguh-nya buah delima baik untuk peng...

Motivasi 2 : Jangan Muflis di Akhirat ~~~ Tinta Hati (Jun 2012)

Image
Assalamu'alaikum semua. Sempena Jumaat Hari paling mulia dari banyak hari, marilah kita memperbanyakkan amalan sunat agar dapat menampung lompang-lompang yang ada pada bungkusan amalan yang bakal dibawa ketika hisab nanti. Ha, perkara yang memang Saba akan buat setiap jumaat adalah, mandi sunat. Mandi je macam biasa tapi niatkan sunat and of course la kena basah rambutkan. Lebih kurang macam mandi wajib jugalah. Perkara yang kita biasa buat, kita namakan nya adat. Tapi untuk mendapat pahala, senang je, niat je kerana Allah. Mudahnya islam ni kan. Sama juga bila kita bekerja, kalau kita bekerja penat, berhempas pulas, tak makan, tak tidur, apa yang kita dapat? Gaji? Cukup ke gaji tu? Insyaa Allah cukup kalau niat kita bekerja ikhlas kerana Allah. And, of courselah sekali lagi, kerja yang halal. Jangan nanti ada yang mencuri lepas tu cakap niat kerana Allah, dapat pahala. Sape cakap? nak kena jentik ni. Pandai-pandai je. Ok, Saba ada something nak share pada awk orang semua tips ...

Motivasi 1 : Lihat

Image
Lihatlah pada mereka yang SAKIT, DAHULUnya mereka pernah SIHAT, Lihatlah pada mereka yang TUA, SUATU KETIKA dahulu mereka juga pernah MUDA, Lihatlah pada mereka yang SIBUK DAHULUnya mereka juga pernah terLUANG MASANYA, Dan lihatlah pada KUBUR ITU, SUATU KETIKA PENGHUNINYA juga pernah HIDUP seperti KAMU... LIHAT & RENUNG DIRI, KITA JUGA SUATU MASA NANTI AKAN MELALUI ITU SEMUA... Salam Sayang, Saba