21 Mac 2014 Berita Terkini MH370 Pesawat MAS Hilang
Penemuan dua objek di Lautan Hindi, Barat Australia melalui cerapan satelit berkemungkinan memberi petunjuk relevan yang dapat dikaitkan kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia itu sejak 8 Mac lalu. Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) kini sudah memasuki hari ke -14 dan pasukan (SAR) dikerahkan ke lokasi penemuan bagi mengesan dan mengesahkan adakah objek itu benar-benar dari serpihan pesawat MH370. Berikut merupakan rangkuman berita terkini berkaitan misi mencari dan menyelamat pada Jumaat dan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Foto menunjukkan serpihan objek berkemungkinan berkaitan dengan MH370 yang dikesan hasil dari cerapan satelit. Walaubagaimana pun penemuan ini belum disahkan lagi. Kapal Norway Sertai Misi Dan Operasi SAR Pada Jumaat Kini Bermula Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan berhampiran dua objek yang dikesan satelit. Kapal Norway yang dalam perjalanan menghala ke Madagascar dari Melbourne itu mendapat permintaan dari pihak ber...