Posts

Aku Anak Penjual Apam Balik

Image
Inilah mak kesayangan aku..aku igt lagi bila gambar ni diambil..mase ni aku menganggur(tunggu panggilan dr u)..akulaa yg always berda di sisi mak waktu nie..penat lelah die..susah payah die..marah die..suke die..sumenye aku tau mse nie..aku pun ikut die meniaga jgk..mmg penat..sgt2..utk mndapat sedikit rezeki yang halal, mak n ayh la yg penat hampir separuh mati..alhamdulillah...apam balik buatan mak n ayah mmg best..sume knl..klu leh wt cawangan, dh wt dh..hehe..aku igt lg, mse aku dpt twrn msuk u. emas yg ada kt bdn mak pun smpi dh xde lgsung..digadai utk byr yuran aku..aku btul2 terharu..bkn senang nk dptkan duit..utk beli emas tu pun brapa lama..klu x kerana kami adik beradik, duit yg dibyr utk pengajian kami semua ni dh cukup utk mak n ayah g haji.sbb tu lah aku dh azam dlm hati, cari duit..nk kumpul utk mak ayh g hj...Doakan ye semua. #moodnakceritapasalmakappasayangsaba

Oh Sayunya melihat wajah Appa..

Image
inilah wajah seorang ayah.. kulihat wajahnya..yang dulu segak dan kacak.. semakin bertambah kedut-kedut diwajahnya... tangan yang dlu gagah mendukung..kini semakin hari semakin lemah.. dulu dia orang yang sangat bekerja keras.. sama seperti kini.. tetapi alangkah perit hatiku.. tatkala mendengar suara batuk-batuk kecil di malam hari.. dek kepenatan dan kepanasan siang hari.. semakin bertambah sayu hatiku.. tatkala kaki yang dulunya diurut oleh ku.. semakin kurus...kerana dimamah usia.. ya, ayahku sudah semakin tua.. sedih dan sayu aku.. semakin bertambah usianya, semakin bertambah bebanannya.. aku pilu..aku terkedu.. aku sendiri buntu.. andai aku bisa menggantikannya... hmm...aku rindu padanya.. mata yang mempunyai jiwa yang terlalu halus.. lebih halus berbanding diriku.. aku hanya berharap moga dirinya bahagia.. walau pelbagai keperitan semakin bercambah.. semoga Allah menerima segala amalnya.. segala penat, lelah, titik peluh dan jerihnya yang telah dicurahkannya k...

Aku? Di manakah Penghujungnya???

Image
sumber gambar Diam aku di sini Sendirian terasing sepi Mencari-cari kata hati Di dasar hati ia tersembunyi Aku mengejar bayangan sendiri Yang dulunya dicendas lolongan diri Pernah mengharap pada yang tak sudi Sehingga merobek hampir separuh hati Tersirna hati kerana kasih Terpanah jiwa dgn cinta yg menipu Apakah matanya bersalah? Apakah hati khilaf mentafsir? Aku mencari sedikit ruang Walau hati luka berdarah… yohannafieyen p/s: puisi yang ni dari tahun 2010 tak siap-siap. Saba tak tau lah nak sambung apa.hihihi..layan je lah yer

Lontaran kata indah dari Filem : Ketika Cinta Bertasbih

Image
sumber Cinta adalah kekuatan… Yang mampu… Mengubah duri jadi mawar… Mengubah cuka jadi anggur… Mangubah malang jadi untung… Mengubah sedih jadi ria… Mengubah setan jadi nabi… Mengubah iblis jadi malaikat… Mengubah sakit jadi sihat… Mengubah bakhil jadi dermawan… Mengubah kandang jadi taman… Mengubah penjara jadi istana… Mengubah amarah jadi ramah… Mengubah musibah jadi hibah… Itulah cinta Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cintaku datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri, meskipun lidahku telah mampu menguraikan…namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskan…kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai pada cinta…dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai terbaring dalam lumpur…

Maafkan Aku Wahai Diriku

Image
sumber gambar Maafkan aku duhai hati maafkan aku duhai diri kekadang aku bertindak mengikut perasaan.. sehingga bisa memusnahkan diri.. bukan suatu kesengajaan tetapi satu kebetulan.. mungkin aku hanya takut.. terlalu panik.. kadang kala aku sendiri menjadi tidak betah dengan diri sendiri.. tapi apakan dayaku.. itulah diriku.. seawal aku dicipta.. masih jua aku begitu... sehingga kini.. maafkan aku..maafkan aku..maafkan aku.. yohannafieyen

9 golongan orang yang solat

Image
sumber 1) Golongan yang tidak bersembahyang. Golongan ini menurut hadith tergolong di dalam Golongan yang Kafir (ingkar). 2) Golongan yang mengerjakan sembahyang tanpa ilmu. Tidak kenal syarat sah dan rukun solat. Mereka ini adalah Golongan yang Jahil. 3) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, faham tentang ilmu sembahyang tetapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu dan godaan dunia, mereka mengerjakan sembahyang secara tidak istiqomah. Inilah Golongan Fasik. 4) Ada golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang walaupun ilmunya tepat, tapi waktu mengerjakan sembahyang tidak khusyuk dan cuai. Ini adalah Golongan yang Lalai. 5) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang bertepatan dengan ilmunya, kemudian dapat menumpukan bacaannya di setiap perkataan dan lafaz yang diucapkan, tapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Ini adalah Golongan Awamul Muslimin (orang awam). 6) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang sentiasa tarik ...

Mengenali Musuh Teragung Manusia

Image
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita 1- Seorang yg pemarah 2- Cintakan dunia 3- Kebodohan / enggan menghadiri majlis ilmu 4- Suka berangan angan kosong 5- Tamak 6- Bakhil 7- Suka pada pujian 8- Riak atau sombong 9- Ujub (merasa kagum)/takbur 10- Jiwa yg penakut dan selalu gelisah 11- Selalu buruk sangka 12- Memandang rendah pada orang lain 13- Suka berbuat dosa 14- Tidak takut akan pembalasan "ALLAH" 15- Putus asa / lalai daripada rahmat "ALLAH" 15 Senjata Menghalang Syaitan sumber 1- Mengamalkan ungkapan Bismillah pada perbuatan 2- Banyakkan berzikir 3- Banyakkan Beristigfar 4- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin" 5- Jangan tidur berseorangan 6- Baca doa pagi dan petang ( selepas solat dsbnya ) 7- Selalu Bersugi 8- Melaksanakan solat jemaah 9- Berwudhuk sebelum tidur 10- Menutup aurat 11- Membaca doa masuk tandas. 12- Banyak berselawat pada hati 13- Selau bertaubat & beristighf...